1. ZAFRAN
ZAFRAN atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba
yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan
Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik,
paling wangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.
Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk
kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan
lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.
— Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
— Merawat masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
— Merawat sakit kepala atau migrane, asma, muntah-muntah, penyakit buah pinggang.
— Sukar tidur malam (insomnia).
— Merawat masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser.
— Merawat bengkak hati atau hipatitis A dan B.
— Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut.
— Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
— Menambahkan tenaga.
— Merawat masalah sembelit.
— Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
— Membantu awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
— Sebagai bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing.
— Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
— Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
—Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
2. KURMA
Kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A,
C dan niacin. Kurma berkesan untuk merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
Khasiat kurma juga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia. Individu yang
mengalami masalah batuk pula boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu
harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong
seterusnya mampu menghentikan batuk.
Bagi kanak-kanak, kurma membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan
serta membantu tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan
pengaliran darah semasa proses kelahiran. Juga terbukti berkesan dalam
memanaskan tubuh, mencegah penyakit barah, melancarkan peredaran darah, merawat
penyakit buah pinggang dan membersihkan hati.
3. KISMIS
KISMIS dihasilkan daripada proses
penghidratan ke atas buah anggur sama ada penghidratan menggunakan cahaya
matahari ataupun menggunakan ketuhar.
Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante
Currant, Muscat dan Thompson seedless. Kismis mempunyai saiz sebesar batu
kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal.
Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula.
Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi
kismis adalah Vitus vinifera.
Di samping enak rasanya, KISMIS
mengandungi khasiat semula jadi berikut:
√ Membantu menajamkan minda.
√ Sebagai Anti-Oksidan.
√ Mengandungi Boron untuk tulang yang sihat.
√ Meningkatkan tenaga.
4. BADAM
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc,
selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta
antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat
membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.
Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis
flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E
menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi
berbagai masalah kesihatan.
Antara lain khasiat badam:
— Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan
serangan jantung
— Menghalang obesiti (kegemukan)
— Meredakan Diabetes
— Menghalang Osteoporosis
— Mengurangkan risiko Alzheimer
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc,
selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta
antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat
membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.
Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis
flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E
menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi
berbagai masalah kesihatan.
Antara lain khasiat badam:
— Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan
serangan jantung
— Menghalang obesiti (kegemukan)
— Meredakan Diabetes
— Menghalang Osteoporosis
— Mengurangkan risiko Alzheimer
5. DELIMA
DELIMA
Antara khasiat buah delima
ialah:
√ melindungi otak bayi
√ mengurangkan batuk dan
asthma
√ mencantikkan dan merawat
kulit
√ membantu mencegah penyakit
alzheimer
√ menguatkan sistem
pertahanan badan.
6. STRAWBERI
Warna merah pada buah strawberi bermaksud kaya dengan pigmen warna
antosianin yang tinggi. Selain antioksidan, ia juga kaya dengan serat, rendah
kalori dan mengandungi vitamin C, folat, potasium serta asid ellagic.
Antara lain khasiat penting strawberi:
1. Membantu menurunkan kadar kolesterol
2. Membantu melumpuhkan kerja aktif kanser kerana asid ellagic yang terdapat
di dalamnya.
3. Mengurangkan gejala strok.
4. Kaya Vitamin C yang amat bagus untuk pertumbuhan kanak-kanak.
5. Efektif sebagai anti-oksidan.
6. Dapat menghaluskan kulit dan membuatkan warna kulit lebih cerah dan
bersih.
7. BUAH TIN
BUAH TIN
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan
keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan
serta melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (liver),
jantung dan membersihkan lendir dalam usus.
Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir,
dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya
mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat
sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit
bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.
Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali
lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah
mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya
dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat
besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.
Kandungan nutrisi dalam buah tin kering adalah
seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm;
Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi
3mg; Vitamin C 1mg.







No comments:
Post a Comment